MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional

MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional
  • THE HAGUE 13 Jun – Parlimen Belanda hari ini meluluskan satu perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Ukraine bagi memudahkan pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat pener­bangan MH17, termasuk membicarakan suspek melalui pautan video.

    MH17: Parlimen Belanda lulus perjanjian Ukraine
  • ADEN 13 Jun – Tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi hari ini mula menggempur bandar pelabuhan utama Yemen, Hodeidah yang dikuasai militan Houthi selepas kumpulan pemberontak itu mengabaikan tarikh akhir buat kumpulan itu berundur.

    Arab Saudi serang pelabuhan Yemen
  • KABUL 13 Jun - Pihak Taliban memberitahu ‘penceroboh Amerika’ untuk meninggalkan Afghanistan dalam satu pengumuman yang menandakan berakhirnya bulan Ramadhan, sambil memberi jaminan kepada rakyat akan masa depan yang cerah jika berada di bawah pemerintahan Islam selain berkata mereka sudah membebaskan banyak kawasan di negara itu.

    Taliban jamin masa depan cerah jika AS tinggalkan Afghanistan
  • ROM 13 Jun - Menteri Luar Itali hari ini berkata beliau menyaman Duta Perancis di tengah-tengah pertikaian diplomatik antara kedua-dua berkenaan negara berhubung pengendalian krisis pendatang.

    Itali saman Duta Perancis
  • PARIS 12 Jun – Perancis meningkatkan kehadiran ketenteraannya di rantau Indo-Pasifik dengan menghantar kapal-kapal perang ke Laut China Selatan dan merancang latihan udara sebagai tindak balas terhadap pembinaan pangkalan ketenteraan China di kawasan perairan yang menjadi pertikaian.

    Perancis cabar Beijing di Laut China Selatan
  • SINGAPURA 12 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan pertemuan bersejarah dengan pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un yang berakhir dengan perjanjian bersama sebagai sesuatu yang sangat hebat.

    Sejarah baharu tercipta
  • WASHINGTON 12 Jun - Penasihat Perdagangan White House Peter Navarro memohon maaf hari ini atas ulasan sinis yang ditujukan kepada Perdana Menteri Kanada Justin Tredeau susulan sidang kemuncak G7 minggu lalu, menurut Wall Street Journal.

    Pembantu White House mohon maaf kepada PM Kanada
  • TEHRAN 12 Jun - Kementerian Perisikan Iran hari ini berkata mereka berjaya menahan sebanyak 27 anggota sebuah 'rangkaian pengganas' yang disyaki merancang satu serangan pada minggu lalu yang bertepatan dengan bulan Ramadan iaitu bulan suci umat Islam.

    Iran tahan 27 suspek plot 'pengganas' Ramadan
  • ROM 12 Jun - Sepanyol semalam menawarkan untuk menerima kapal yang membawa sebanyak 629 orang migran yang terkandas di Laut Mediterranean selepas Itali dan Malta enggan membenarkan kapal itu berlabuh di pelabuhan negara masing-masing.

    Sepanyol tawar terima kapal migran terkandas
  • BANGKOK 11 Jun - Wilayah bergolak selatan Thailand terus menyaksikan insiden keganasan dengan tujuh lagi penduduk tempatan terbunuh dalam tiga kejadian tembakan yang berasingan dalam tempoh 24 jam di Yala dan Pattani.

    7 penduduk Islam ditembak di Yala
  • SINGAPURA 11 Jun – Amerika Syarikat (AS) berkata, perbincangan dengan Korea Utara mencatat kemajuan di luar jangkaan menjelang sidang kemuncak dua pemimpin negara itu esok.

    Hubungan baharu 
AS-Korea Utara?
  • SINGAPURA 11 Jun -Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan seorang penterjemah sahaja dalam sidang kemuncak yang dijangka, esok diikuti makan tengah hari bersama.

    Trump tinggalkan Singapura Selasa: White House
  • CAIRO 11 Jun - Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam satu serangan pengebom berani mati di pintu masuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar Afhganistan.

    13 terbunuh, 31 cedera dalam serangan pengebom berani mati
  • GENEVA 11 Jun- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap mengenai peningkatan pertempuran dan serangan udara di wilayah Idlib di Syria, di mana 2.5 juta penduduk awam ‘tidak ada tempat lain untuk pergi’ di tanah air mereka.

    PBB suarakan kebimbangan pertempuran di Syria
  • HANOI 11 Jun -Pihak berkuasa Vietnam menahan lebih daripada 100 orang penunjuk perasaan selepas melemparkan batu dan bom petrol ke bangunan kerajaan sehingga mencederakan berpuluh-puluh pegawai polis.

    Vietnam tahan 100 penunjuk perasaan
  • RIYADH 11 Jun - Sistem pertahanan udara Arab Saudi semalam memintas sebuah peluru berpandu balistik di selatan wilayah Jizan selepas ia dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak di Yemen.

    Arab Saudi pintas peluru berpandu baharu Houthi
  • ISTANBUL 10 Jun – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyelar pengumuman yang dibuat oleh Austria untuk me­nutup beberapa masjid di negara itu serta mengusir kumpulan imam yang dibiaya oleh Turki dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai anti-Islam, selain berjanji untuk memberi tindak balas.

    Recep Tayyip selar langkah anti-Islam Austria
  • QUEBEC CITY 10 Jun - Sidang kemuncak G7 di Ka­­nada berakhir penuh dra­matik, semalam apabila Pre­­siden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memperbaharui semula ancaman perang dagang dan menarik balik sokongan kepada kenyataan bersama pada persidangan itu selain menghina tuan rumah.

    Trump ulang ancaman perang dagang
  • SIDANG Kemuncak G7 di Kanada dilihat gagal menyelesaikan perbezaan yang semakin mendalam antara Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump dengan pemimpin-pe­mimpin negara industri utama.

    Sidang Kemuncak G7 Kanada gagal?
  • MANILA 10 Jun - Sekurang-kurangnya 15 anggota militan pro- Daesh, Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) terbunuh apabila tentera Filipina melancarkan serangan udara dan darat terhadap sebuah kilang bom.

    15 militan pro- Daesh terbunuh
  • SINGAPURA 10 Jun - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini berharap pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berjaya dalam Sidang Kemuncak ‘damai nuklear’ yang akan diadakan di Hotel Capella di Pulau Sentosa pada Selasa ini.

    Perdana Menteri Singapura harap Jong-un berjaya dalam sidang kemuncak
  • SINGAPURA 10 Jun- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Singapura menjelang sidang kemuncak bersejarah dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berhubung masa depan senjata nuklear Pyongyang.

    Trump tiba di Singapura
  • SINGAPURA 10 Jun- Dua kakitangan dari stesen penyiaran kebangsaan Korea Selatan telah dihantar pulang selepas mereka ditangkap kerana menceroboh kediaman Duta Korea Utara ke Singapura.

    Dua kakitangan stesen media Korea dihantar pulang
  • SINGAPURA 10 Jun - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Singapore hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang diharap dapat menghentikan persaingan membina senjata nuklear.

    Jong Un lakar sejarah pemimpin Korea Utara pertama bertemu pemimpin Amerika Syarikat
  • GAZA 9 Jun - Seramai empat orang penduduk Palestin terbunuh manakala beratus lagi cedera dalam pertempuran terbaharu dengan tentera Israel di sempadan Gaza semalam.

    124 penduduk maut di sempadan Gaza
  • OTTAWA 9 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan penghapusan tarif dalam rundingan sidang kemuncak G7 di Kanada, berikutan kesukaran negara-negara industri berkenaan dalam menyelesaikan perbezaan mengenai perdagangan.

    Tiada tarif, tiada sekatan - Trump
  • SINGAPURA 9 Jun - Sebuah penerbangan yang berlepas terus dari Pyongyang mendarat di Singapura hari ini menjelang jangkaan ketibaan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, esok.

    Jong-Un dijangka tiba di Singapura esok
  • KUNDUZ 9 Jun - Sekurang-kurangnya 19 anggota polis Afghanistan terbunuh hari ini dalam satu serbuan oleh Taliban di pangkalan tentera di wilayah utara Kunduz, bebarapa jam sebelum kumpulan militan tersebut mengumumkan gencatan senjata bermula minggu depan, kata pegawai.

    Taliban bunuh 19 polis sebelum umum gencatan
  • VIENNA 8 Jun – Kerajaan berhaluan kanan Austria bercadang untuk menutup tujuh buah masjid selain mengusir keluar 60 imam serta ahli keluarga mereka dalam apa yang disifatkan sebagai ‘langkah permulaan’ terhadap ideologi Islam dan pembiayaan asing kumpulan agama.

    Austria tutup masjid
  • WASHINGTON 8 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan ‘sikap’ lebih penting daripada persiapan rapi menje­lang sidang kemuncak bersama Korea Utara berhubung pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea pada minggu depan.

    Rundingan: Trump jangka kejayaan besar
  • NARATHIWAT 8 Jun – Insiden ke­ganasan terus berlaku di wilayah bergolak selatan Thailand apabila lima orang ditembak mati dalam dua kejadian berasingan di wilayah Narathiwat dan Pattani malam semalam.

    Lima maut insiden keganasan di Narathiwat, Pattani
  • BAITUMUQADDIS 8 Jun - Tentera Israel membunuh tiga orang penduduk Palestin termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas melepaskan tembakan dalam protes di sempadan Gaza hari ini, kata pegawai perubatan.

    Tiga maut ditembak tentera Israel
  • WASHINGTON 8 Jun - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terus mencetuskan pertelingkahan antara pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) hari ini apabila menyeru agar penggantungan Rusia daripada blok berkenaan ditamatkan.

    Trump seru Rusia kembali sertai G7
  • GAZA 8 Jun - Sekurang-kurangnya 386 penduduk Palestin cedera selepas tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah mereka yang mengambil bahagian dalam protes mingguan di sempadan Gaza-Israel hari ini, kata medik.

    Ratusan penduduk Palestin cedera diserang Israel
  • IDLIB 8 Jun - Serangan udara yang dipercayai dilancarkan oleh Rusia di sebuah kampung di wilayah Idlib mengorbankan sekurang -kurangnya 44 mangsa untuk tempoh semalaman, sekali gus menjadikan angka tersebut sebagai jumlah kematian tertinggi dalam satu serangan di rantau tersebut dalam tahun ini, lapor pasukan pemantau hari ini.

    Puluhan maut serangan udara di Idlib
  • YANGON 8 Jun - Tentera Myanmar dan kepimpinan awam mengadakan pertemuan keselamatan negara yang jarang diadakan, hari ini sekali gus membincangkan siasatan dalaman terhadap krisis Rohingya di negeri Rakhine, lapor Pejabat Presiden.

    Tentera Myanmar, kerajaan runding krisis Rohingya
  • WASHINGTON 7 Jun – Sekumpulan diplomat Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat di Guangzhou, China dibawa pulang ke negara ini selepas dilaporkan mengalami tanda-tanda penyakit misteri yang menyerupai kece­deraan otak.

    Penyakit misteri, diplomat AS dihantar pulang
  • WASHINGTON 7 Jun - Perbalahan diplomatik an­tara Pyongyang-Washington bakal tercetus semula apabila pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa ‘melutut dan merayu’ supaya sidang kemuncak antara kedua-dua negara diadakan selepas Trump memba­talkannya sebelum ini.

    Sidang AS-Korea 
Utara tergugat?
  • AMMAN 7 Jun - Perdana Menteri baharu Jordan, Omar al-Razzaz mengumumkan akan menarik balik rang undang-undang cukai pendapatan yang disokong Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas tercetusnya bantahan di seluruh negara.

    Jordan tarik balik rang undang-undang cukai pendapatan
  • OTTAWA 7 Jun - Pemimpin-pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) akan menekan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjelang sidang kemuncak kumpulan itu berhubung pelaksanaan tarif pengimportan keluli yang dikenakan AS.

    Tarif: Pemimpin G7 akan beri tekanan kepada Trump
  • MOSCOW 7 Jun - Presiden Vladimir Putin memaklumkan tentera Rusia akan kekal di Syria selagi Moscow mempunyai kepentingan walaupun sebelum ini beliau telah mengumumkan misi Rusia di negara itu telah selesai.

    Tentera Rusia akan kekal di Syria
  • KABUL 7 Jun - Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat buat pertama kalinya dengan kumpulan Taliban namun tidak dengan kumpulan militan lain.

    Kerajaan Afghanistan umum gencatan dengan Taliban
  • ADEN 6 Jun - Kapal perang tentera perikatan diketuai Arab Saudi membedil beberapa kawasan dikuasai pemberontak Houthi di bandar pelabuhan Hodeidah, Yemen dalam usaha untuk menawannya sekali gus mengetepikan amaran Amerika Syarikat (AS) supaya serangan tidak dilakukan.

    Pelabuhan Yemen dibedil
  • BAITULMUQADDIS 6 Jun – Israel memaklumkan bahawa siasatan awal terhadap kes pembunuhan sukarelawan perubatan wanita warga Palestin baru-baru ini mendapati mangsa ditembak secara tidak sengaja oleh tentera Israel.

    Dakwa tertembak wanita Palestin
  • WASHINGTON 5 Jun – Pengerusi Eksekutif Starbucks, Howard Schultz mengumumkan persa­raannya daripada syarikat itu, menyemarakkan spekulasi bahawa beliau mungkin merancang menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun 2020.

    Bekas peneraju Starbucks mahu jadi Presiden AS
  • GENEVA 5 Jun - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk serta-merta menghentikan tindakan memisahkan pencari suaka kanak-kanak dari Amerika Tengah daripada ibu bapa mereka di selatan sempadan.

    PBB gesa AS henti pisahkan pendatang kanak-kanak daripada keluarga
  • NIAMEY 5 Jun - Seramai 10 orang maut selepas tiga pengebom bunuh diri melancarkan serangan di sebuah masjid di bandar Diffa ketika umat Islam sedang berbuka puasa.

    Serangan ketika berbuka puasa, 10 maut di Niger
  • BEIRUT 5 Jun - Sekurang-kurangnya 45 orang anggota tentera pro kerajaan terbunuh dalam serangan dilancarkan oleh kumpulan pengganas Daesh di timur Syria.

    45 maut dalam serangan Daesh di Syria
  • BAITULMUQADDIS 5 Jun - Menteri Perisikan Israel, Yisrael Katz menggesa supaya satu gabungan ketenteraan ditubuhkan bagi menentang Iran sekiranya negara itu masih berdegil untuk meneruskan program pengayaan uranium gred tentera.

    Israel gesa Iran henti program uranium
  • SINGAPURA 4 Jun – Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lo­renzana berkata, pihak berkuasa akan menyeragamkan pengajaran di sekolah-sekolah Islam swasta dan awam berikutan serangan militan tahun lepas yang meningkatkan kebimbangan radikalisme lebih besar di negara itu.

    Filipina seragamkan sekolah Islam
  • Isu penggunaan kanak-kanak sebagai anggota tentera me­rupakan masalah sejagat yang tidak menampakkan sebarang penyelesaian malah banyak kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan masalah itu semakin parah.

    Kanak-kanak dikerah jadi tentera
  • SINGAPURA 3 Jun – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis hari ini menyatakan bahawa Korea Utara hanya akan menerima pengecualian sekatan jika negara itu menghentikan program senjata nuklearnya secara menyeluruh.

    Pyongyang dikecuali sekatan jika tamatkan program nuklear
  • JAKARTA 3 Jun – Polis antikeganasan Indonesia menahan tiga bekas pelajar Universiti Riau, Pekanbaru, Sumatera yang dikatakan merancang serangan bom dalam satu serbuan hari ini.

    Tiga bekas pelajar Universiti Riau ditahan rancang serangan bom
  • GAZA CITY 3 Jun - Jet pejuang tentera Isra­el membedil sekurang-ku­rangnya 15 kubu kumpulan pejuang Islam di Gaza semalam selepas mendakwa Palestin me­lancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel sejak beberapa hari lalu.

    Zionis bedil 15 kubu Hamas
  • WASHINGTON 3 Jun - Presiden Donald Trump yang berada di bawah tekanan peguam khas, Robert Mueller berhubung siasatan terhadap penglibatan Rusia dalam pilihan raya 2016, mungkin mempunyai kuasa untuk mengampunkan diri sendiri.

    Trump mungkin boleh ampun diri sendiri
  • BEIJING 3 Jun - China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa sebarang persetujuan yang dicapai semasa rundingan perdagangan yang sedang berjalan akan terbatal jika Washington meneruskan implementasi tarif ke atas barangan China, dalam rundingan terbaharu yang berakhir hari ini di Beijing.

    Tarif AS: China beri amaran batal perjanjian
  • GENEVA 3 Jun - Masalah kadar kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) semakin meluas dan meruncing di bawah pemerintahan Trump, di mana dasarnya kelihatan bertujuan untuk menghapuskan jaringan keselamatan daripada jutaan individu miskin, sementara terus memberi penghargaan kepada individu kaya, lapor seorang penyiasat hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Amerika Syarikat semakin miskin di bawah Trump
  • GAZA 2 Jun – Tentera Israel me­nembak mati seorang jururawat wanita Palestin semalam ketika mangsa cuba membantu seorang penduduk yang cedera di Khan Younis, sempadan Gaza.

    Zionis tembak mati jururawat wanita Palestin
  • SINGAPURA 2 Jun - Penempatan struktur ketenteraan China di Laut China Selatan dan penghantaran sistem senjata canggih di pulau buatan mereka dipercayai bagi mengugut dan menakut-nakutkan negara jiran yang menuntut perairan itu termasuk Malaysia.

    AS tuduh China lakukan ugutan
  • GAZA CITY 2 Jun - Beribu-ribu penduduk Palestin menghadiri upacara pengebumian sukarelawan perubatan, Razan al-Najjar yang dibunuh oleh tentera Israel di Khan Younis, selatan Gaza.

    Beribu-ribu penduduk Palestin hadir pengebumian Razan
  • PARIS 2 Jun - Raja Salman Abdulaziz mengancam akan mengenakan tindakan ketenteraan terhadap Qatar jika negara itu memasang sistem pertahanan udara buatan Rusia.

    Arab Saudi ancam guna tindakan ketenteraan terhadap Qatar
  • SINGAPURA 2 Jun - Singapura memaklumkan akan menampung beberapa kos bagi persidangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang bakal diadakan pada 12 Jun ini.

    Singapura sedia tanggung kos persidangan Trump-Jon-un
  • SINGAPURA 2 Jun - China menyelar `kenyataan tidak bertanggungjawab’ Amerika Syarikat (AS) terhadap pembinaan struktur ketenteraan Beijing di Laut China Selatan.

    Laut China Selatan: China selar kenyataan AS
  • KAHERAH 2 Jun - Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir untuk penggal kedua ketika negara ini berhadapan dengan masalah ekonomi dan keselamatan yang sukar.

    Fattah al-Sisi angkat sumpah Presiden Mesir
  • ROME 1 Jun – Parti-parti populis Itali hari ini mencapai persetujuan bagi pembentukan kerajaan gabungan sekali gus mengelak daripada berlakunya snap election atau pilihan raya mengejut.

    Parti populis Itali bentuk kerajaan
  • WASHINGTON 1 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memulakan perang perdagangan dengan menguatkuasakan cukai import besi dan keluli menerima kritikan hebat dari dalam dan luar negara.

    Trump dikritik pemimpin dunia
  • NEW YORK 1 Jun – Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kuasa veto ‘yang tidak boleh dibantah’ untuk menentang draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung gesaan perlindungan terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

    AS veto draf resolusi PBB lindungi Palestin
  • Amman 2 Jun - Jordan menangguhkan kenaikan harga minyak dan elektrik ekoran mogok dan bantahan besaran-besaran yang dilancarkan rakyat negara itu sejak Rabu lalu.

    Jordan tangguh kenaikan harga minyak, elektrik
  • MADRID 1 Jun - Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy terpaksa berundur selepas kalah dalam undi tidak percaya di Parlimen.

    PM Sepanyol dipecat
  • AMMAN 31 Mei – Ribuan rakyat Jordan melancarkan mogok semalam bagi membantah ranca­ngan kenaikan cukai yang dituntut oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

    Mahu tumbangkan kerajaan jika naikkan cukai
  • NEW YORK 31 Mei - Pertempuran terbaharu an­tara Israel dan pergerakan Hamas bakal membawa mereka ke kancah peperangan walaupun keadaan di Genting Gaza dan komuniti Israel berhampiran sempadan kembali tenang selepas insiden berbalas sera­ngan, kelmarin.

    Gaza di ambang perang?
  • DAMSYIK 31 Mei - Presiden Syria, Bashar al-Assad memberi amaran kepada Tentera Demokratik Syria (SDF) bahawa beliau tidak akan teragak-agak menggunakan kekerasan untuk menawan semula kawasan yang berada di bawah penguasaan mereka.

    Bashar ancam guna kekerasan usir SDF
  • GENEVA 31 Mei - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menghantar dua pasukan pembedahan ke Gaza dan menubuhkan sebuah lagi unit di hospital utama di wilayah berkenaan bagi merawat mangsa yang mengalami kecederaan parah susulan pertempuran antara rejim Zionis serta penduduk Palestin.

    ICRC hantar pakar bedah ke Gaza
  • GAZA CITY 30 Mei - Israel bertindak mengebom sebanyak 25 kedudukan pergerakan Hamas selepas sera­ngan roket dan mortar bertalu-talu dilancarkan dari Genting Gaza selain menafikan dakwaan Palestin bahawa gencatan senjata dicapai selepas ketegangan terburuk antara kedua-dua pihak tercetus sejak perang 2014.

    Perang besar bakal tercetus?
  • DUBAI 30 Mei - Arab Saudi meluluskan rang undang-undang menangani jenayah gangguan seksual beberapa minggu sebelum perintah larangan memandu bagi wani­ta dimansuhkan.

    RUU gangguan seksual lulus
  • DHAKA 30 Mei – Sekumpulan peguam kepada pelarian Rohingya menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat pasukan tentera Myanmar selepas golongan minoriti tersebut menegaskan penindasan akan terus berlaku jika tiada tindakan diambil segera.

    Peguam desak ICC bertindak isu Rohingya
  • RAMALLAH 30 Mei - Seorang penduduk Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel sewaktu pertempuran dengan rejim Zionis beberapa hari lalu, meninggal dunia hari ini.

    Angka korban protes Palestin meningkat kepada 122
  • BAITULMUQADDIS 30 Mei - Israel meluluskan pembinaan sebanyak 2,070 penempatan haram baharu di Tebing Barat, menurut badan pemerhati Peace Now kepada AFP.

    Israel luluskan 2,070 penempatan haram
  • MUMBAI 30 Mei - Kira-kira sejuta kakitangan bank melancarkan protes di seluruh negara hari ini bagi menuntut kenaikan gaji dan tindakan keras kerajaan terhadap syarikat yang telah gagal membayar balik pinjaman.

    Sejuta kakitangan bank di India lancar protes
  • HARARE 30 Mei - Zimbabwe akan mengadakan pilihan raya bagi memilih Presiden dan ahli Parlimen pada 30 Julai.

    Zimbabwe adakan pilihan raya Julai hadapan
  • KABUL 30 Mei - Lebih 50 komander kanan kumpulan militan Taliban terbunuh dalam serangan roket di selatan wilayah Helmand, menurut jurucakap ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

    50 pemimpin Taliban maut
  • GAZA CITY 30 Mei - Israel mengebom berpuluh sasaran ketenteraan di Gaza semalam sebagai tindak balas kepada serangan mortar dan roket dari semenanjung yang ditadbir pergerakan Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad dalam konfrontasi terburuk sejak perang 2014.

    Israel bom kedudukan pejuang Palestin di Gaza
  • BRUSSELS 30 Mei - Seorang lelaki membunuh dua anggota polis dan seorang orang awam di bandar Liege, Belgium semalam sebelum suspek ditembak mati dalam satu kejadian di sebuah sekolah dengan pihak berkuasa menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengganas oleh penyerang sendirian yang baru keluar daripada penjara.

    3 maut serangan pengganas di Belgium
  • MANILA 29 Mei - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte didakwa sudah bersedia untuk berperang de­ngan China jika Beijing bertindak melam­paui batas dan unilateral dalam menuntut sumber alam di perairan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara di Laut China Selatan.

    Filipina sedia 
perangi China?
  • BAITULMUQADDIS 29 Mei – Pejuang Palestin di Semenanjung Genting Gaza melancarkan tembakan mortar ke arah selatan Israel hari ini ketika ketegangan semakin memuncak di kawasan sempadan.

    Genting Gaza semakin tegang
  • GAZA CITY 29 Mei - Tentera Israel telah merampas dan menahan sebuah daripada beberapa bot penduduk Palestin yang melancarkan bantahan terhadap Israel ekoran sekatan terhadap Gaza.

    Israel rampas bot Palestin
  • WASHINGTON 29 Mei - Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan tindakan perdagangan terhadap China, beberapa hari selepas Washington dan Beijing mengumumkan penyelesaian sementara berhubung pertikaian ekonomi selain mendakwa pertikaian itu semakin reda.

    AS teruskan tindakan perdagangan terhadap China
  • GAZA CITY 29 Mei - Penduduk Palestin menaiki bot beramai-ramai dari Gaza bagi membantah sekatan yang dikenakan Israel dalam tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan selepas kejadian serangan bom mortar ke Israel.

    Penduduk Palestin lancar bantahan sekatan laut
  • INDIA 28 Mei - Dua orang terkorban dalam kejadian tembak-menembak di wilayah Kashmir, merupakan serangan pertama selepas pasukan tentera menangguhkan operasi menentang militan Ramadan ini.

    Dua terbunuh dalam serangan militan di Kashmir
  • YANGON 28 Mei - Myanmar berkata berpuluh-puluh umat Islam Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh telah kembali secara sukarela dan akan dihantar ke pusat transit sementara menunggu penempatan semula.

    Pelarian Rohingya kembali secara sukarela
  • RAMALLAH 28 Mei - Tentera Israel membuat serbuan ke atas kem pelarian Palestin di Tebing Barat dalam memburu suspek kematian anggota tenteranya.

    13 penduduk Palestin cedera
  • SEOUL 27 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan rancangan dan persiapan bagi persidangan antara beliau dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ‘berjalan de­ngan baik’.

    Rundingan Trump, Jong-un ‘berjalan dengan baik’
  • PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengejutkan masyarakat dunia apabila membatalkan persida­ngan antara beliau dengan pe­mimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Singapura yang dijadualkan pada 12 Jun ini, Khamis lalu.

    Trump gopoh, Korea Utara waras
  • COX’S BAZAR 27 Mei - Kira-kira 700,000 etnik Islam Rohingya yang me­larikan diri ke tenggara Bangladesh sejak sembilan bulan lalu mendakwa, musim monsun yang semakin hampir memberi ancaman paling serius kepada nyawa mereka sejak diusir secara zalim dari Myanmar.

    Rohingya diancam musim monsun
  • MOSCOW 27 Mei - Sebanyak empat pegawai tentera Rusia maut dalam pertempuran di wilayah Deir al-Zor, timur Syria, lapor agensi berita Interfax, hari ini, yang memetik kenyataan dari Kementerian Pertahanan Rusia.

    Empat pegawai tentera Rusia terbunuh di Syria
  • SANAA 27 Mei - Seorang wanita antara empat orang yang maut selain 11 lagi tercedera dalam satu serangan udara menyasarkan sebuah stesen minyak di bandar dikuasai pemberontak semalam, kata sumber perubatan.

    Serangan udara di Yemen ragut 4 nyawa
  • GAZA 26 Mei - Sekurang-kurangnya 109 penduduk Palestin cedera selepas ditembak oleh tentera Israel sewaktu pertempuran di sepanjang sempadan Gaza-Israel sema­lam.

    109 Palestin cedera ditembak
  • ROM 26 Mei – Kira-kira 1,500 pela­rian berjaya diselamatkan di Laut Mediterranean dalam operasi yang dijalankan selama dua hari sejak Khamis lalu.

    1,500 pelarian diselamatkan 
di Laut Mediterranean
  • DUBAI 26 Mei - Tentera gabungan diketuai Arab Saudi menggagalkan rancangan serangan oleh sebuah dron tanpa pemandu di bandar Abha di selatan negara ini, lapor stesen televisyen Al-Arabiya.

    Arab Saudi gagalkan serangan dron di Abha
  • WASHINGTON 27 Mei - Pasukan pegawai White House akan berangkat ke Singapura seperti yang dijadualkan hujung minggu ini untuk membuat persediaan sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor jurucakap White House.

    Pegawai White House bakal berangkat ke Singapura
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 17
Berita Harian Suriah - Kumpulan Berita Suriah Terbaru Hari Ini
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 22
VIDEO : Korsel Ingin Tentara AS Tetap di Semenanjung Korea
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 25
Negara Islam Irak dan Syam - Wikipedia bahasa Indonesia
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 42
Pasukan Khusus AS Diam-diam Bantu Saudi Perangi Houthi
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 9
Dubes Rusia: Perang Rusia-AS di Suriah adalah
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 89
Isu Semasa - Utusan Online
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 58
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 59
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 49
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 21
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 77
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 41
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 85
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 53
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 26
MSN Indonesia Berita Terkini Dunia, Internasional 77